bunga

4 May 2014

KISAH SILAM





Baiti Jannati

 Nekcik  dibesarkan dalam serba sederhana

 walaupun arwah bapa seorang guru di kampong.Rumah kami tiada TV,tiada peti sejuk walau pun waktu itu orang kampong sudah mampu memiliki semua itu.Bapa hanya punya sebuah basikal lama untuk di kayuh ke sekolahnya sedangkan guru guru bawahannya semuanya berkereta.Arwah bapa bukannya seorang yang lokek..dia tak pernah berkira tentang makan dan minum dan keperluan harian kami

Pada nya TV hanya akan menganggu anak cucu untuk belajar .Melekakan katanya.Sekiranya kami mencemuhkan muka menghadap hidangan..arwah akan berkata...ada orang langsung tak ada apa untuk dimakan.Seharusnya bersyukur dengan apa yang ada.Dengan itu tak ada siapa yang berani memuncung walau apa juga yang dihidangkan.Tak suka makan sikit.

Bonda pula begitu penyabar dan tak suka banyak berleter.Banyak bercakap tapi bukan berleter.Walau pun orang kampong dah pakai dapur gas, bonda tetap menggunakan arang untuk memasak.Orang lain sudah pakai blender tapi bonda tetap dengan batu gilingnya.
Walaupun suami seorang guru tapi bonda tak pandai meminta-minta.Baju dan bedak pula arwah bapa yang belikan. Apa warna kain yang dibeli diterima dengan kesyukuran.Tak pernah tersebut di mulut..tak suka warna ini ke warna itu ke. Bila dapat terus buat baju dan pakai.Kalau tak suka lepas itu baru simpan.Sentiasa menghargai setiap  pemberian suami.

Tak pernah terdengar bonda membantah suruhan suami. Apa lagi meninggikan suara.Kalau bapa berleter,bonda hanya mendiamkan diri.Hanya Nekcik yang suka menjawap walau pun selalu dimarahi bonda kerana katanya kalau di jawap lagi panjang tazkirahnya.Tapi kerana aku anak tunggal perempuan kesayangan bapa, bapa akan beralah.Manja lah kunun!

Nekcik amat mengkagumi bapa di atas perihatinanya kepada kaum keluarga seperti adik,kakak dan ipar duainya.Dia akan sentiasa membantu dengan kewangan yang ada.Semuanya akan dibantu bila perlu. Bonda pula tak pernah hirau apa dan berapa yang bapa keluarkan untuk sanak saudaranya. Kata bonda itu tanggung jawap bapa untuk adik beradik dia. Itu hak dia.

Satu lagi arwah bapa suka bawak kami berkunjung ke rumah saudara mara..terutamanya yang lebih tua walaupun sekampung.Lepas makan malam, terutama malam kelepasan, kami akan berjalan kaki ke rumah Mak Long, ke rumah Pak Cu ke rumah saudara mara.Berbual sejam dua baru balik.

Apabila tetamu atau sanak saudara datang berkunjung,mesti disediakan makanan atau kalau tidak pun air bujang.Tidak kira lah siang ke atau dinihari. Bonda tak pernah merungut walau dikejutkan untuk membuat air untuk tamu yang terpaksa datang di waktu dinihari.

Sahaja Nekcik paparkan disini untuk dijadikan pedoman hidup  Nekcik dari sifat sifat yang ada pada kedua ayah bonda itu . Inilah sebahagian didikan yang mereka wariskan pada kami.. anak cucunya. Dan kini usia Nekcik 55 tahun dan seboleh mungkin  ingin Nekcik mewarisi sifat-sifat baik mereka untuk menjalani hidup ini. Untuk anak anak cucu arwah, renungkanlah titipan ini untuk dijadikan sempadan hidup.

Al Fatihah....
Semuga dengan setiap cawan air yang kuhidangakn untuk tetamuku adalah bingkisan sedekah untuk kedua ayah bonda juga kedua mertuaku di sana..amiin Ya Allah





Baiti Jannati
Rumah Nekcik ..usia pun setua nekcik..muda sikit jer ..50 tahun  
Terima kasih Bonda tiriku kerana masih menjaga rumah warisan ini dengan baik sekali..
sekurang kurangnya  kepulangan kami ke kampong masih ada tempat untuk menghilang rindu
masih di sambut dengan kasih sayang..alhamdulilah
Syukur sesangat ke hadrat Illahi kerana dengan usaha Bonda Tiri Nekcik rumah ini dijadikan tempat mengaji AlQuran anak anak dan dewasa di kawasan ini...
Semuga alunan ayat ayat suci yang berkumandang sepanjang hari  dapat mendamaikan kedua dua mereka di SANA..amiin ya rabbal alamiin

Gambar lama ni..sekarang bunda dah tukar warna

Tokpokcu teringat teringat ke kita dating kat tangga tu hee..he





 Ruang makan kami..meja panjang dah digantikan dengan yang kecik..pasal dah tak ramai


Di laman ini lah dulu dulu Nekcik menghabiskan waktu lapang bersama abang, adik ..anak anak buah ..Azian Elias..Azura Elias..Norhafizah Othman...dan yang lain lain..Nostalgiaa





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...