bunga

30 May 2014

BUBUR AYAM DAN SUP BEBOLA DAGING

Hari ni nekcik share menu cuti sekolah..breakfast terus lunch...
jom kita masak 

BUBUR AYAM

2 cawan beras
6 cawan air
Masakkan di atas api

1/2 cawan ayam cincang

1/2 bijik bawang besar + 3 inci halia diblend +2 sudu makan rempah sup
2sudu makan serbuk lada hitam
1 batang saderi besar..(celery)..dihiris
Tumiskan bahan blend..
Masukkan ayam cincang dan serbuk lada hitam..dan batang saderi
Tumis hingga wangi
Tambahkan  1 cawan air..
Angkat masukkan ke dalam periuk bubur
Tambahkan garam secukup rasa
Masakkan hingga sebati..kalau nak cair tambahkan lagi air

SUP MEATBALLS


15 biji meatball..(nekcik guna keluaran persatuan nadi islam..lembut)

2 batang saderi besar..hiris
2 biji tomato
1 biji bawang besar ..potong besar
1 batang carrot..hiris

1/2 bijik bawang besar + 3 inci halia + 2 sudu rempah sup..diblend dan tumis

Masukkan 6 cawan air dan masukkan semua bahan bahan
Tambahkan garam dan serbuk lada hitam dan biarkan hingga mendidih
Taburkan dengan bawang goreng dan daun saderi
Hidangkan bersama bubur dan ikan bilis goreng


Bubur ayam ni kegemaran nekcik dan anak anak ...nekcik suka buburnya hancur lebur..dan rasa halia sikit...ayam tu nekcik suka tumis dengan remaph dulu kat periuk lain..hilangkan rasa hanyir ayam


Sup bebola..semua adaa...complete meal...kalau ada lebih nanti petang boleh jadi mee hoon soup!!

Bahan penyedap tekak...
ALLAHUMABARIKLANA FIMAA RAZAQTANA WAQINNAAZABANNAR
BISMILLAHIRAHMANNIRRAHIIM

26 May 2014

KAPONATA EGGLANT

Asalamualaikum sahabat sahabat dan kaum kerabat yang nekcik kasihi..laa laa ni..uols bersabar lah dengan karya karya nekcik ni..sebabnya mungkin uols hanya akan dihidangkan dengan resipi resipi..acara jalan jalan ni mungkin lama lagi akan bersiaran kembali...nuuuun hujung tahun nanti..insyaallah..iyalah..tabung ayam dah tak berkokok ni so kenalah dok dianm diam sambil berhibur hibur di dapor..he..he....

Hari ni nekcik nak kongsi resipi ...resipi sesuker hati ...idea asalnyer dari CAKE BOSS....BUDDY...saper saper yang biasa tengok Asian Food Channel (AFC) kenal lah kan
Tapi biasalah bila tengok TV tu takde pen pun kat tangan..so jadilah resipi sesuker hati..ikut mana yang ingat ye..kalau nak yang betol betol tu..sila lah google googlekan....janji masak dengan kasih sayangkan...kurang ramuan tak ngaper..tapi jangan kurang kasih sayang ye

Jom tengok resipi yang nekcik tokok tambah nii..resipi asalnya bernama...
KAPONATA EGGPLANT...harus bergulung gulung lidah nya... asalnya dari Italy...tengok Buddy masak macam senang dan sedap jer...so nekcik pun cecuber lah..nak gi Italy jauh sesangat....tapi ingat ye..ni dah dimelayukan!! sorrylah Mr. Buddy...iols kena ada pedas pedas..hot hot sikit!!

Kaponata Eggplant...atau nama melayunya ala ala sambal terung gitu!!

3  biji terung panjang...hiris nipis
2 batang saderi besar (celery)..hiris
10 biji tomato kecil..terlupa beli..he..he
1 bijik bawang besar ..hiris
1 senduk nasi serbuk cili
1/2 senduk nasi serbuk kari
1 senduk nasi sos cili
1 /2 senduk nasi sos tomato
sedikit serbuk black pepper
2 sudu makan gula
1 tin kacang kuda rebus...nekcik guna brand kimball
1 cawan minyak zaitun..atau minyak biasa..nekcik campurkan keduanya
2 cawan air

Memola..ambil hirisan terung...gaulkan dengan sedikit garam dan black pepper..biarkan sekejap( 10 minit)
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hirisan terung hingga sedikit kekuningan..angkat
Tinggalkan sedikit minyak lebihan untuk menumis
Tumis bawang...masukkan batang saderi...biarkan agak layu
Masukkan serbuk cili..serbuk kari...sos cili..sos tomato..gula
Tambah 2 cawan air
Gaul rata...masukkan terung dan tomato serta kacang kuda
Rasa garam dan gulanya
Biarkan mendidih dan rasa sebati...
Hidangkan untuk dimakan bersama roti perancis!!..nekcik makan dengan gardenia jerk!


Close up

Takyah nak rebus rebus kan..dah siap dalam tin


Senang jer kan...sesekali kita tuko selera...macam banyak..tapi ropernya liciiin..alhamdulilah


8 May 2014

BUTTERSCOTCH BEE HIVE BUNS / PISANG TANDUK BUTTERSCOTCH


Fuyooo..glamer sungguh namanya kan..iyalah kenalah jugak mengikuti perkembangan zaman..so kerana sana sini penuh terhidang roti naik sarang tebuan ni..maka nekcik pun  terkena jugaklah sengatannya..tapi taklah membahayakan..malahan amat mengenyangkan!!...
Nekcik memang gemar meroti ni..dah hampir 15 tahun dah encik BM berbakti...alhamdulilah masih setia membantu ...dulu dulu kena uli dengan tangan ...tapi sejak ada  en.BM ni ..enteng sangat kerja meroti nih..letak semua bahan dan tinggal..pesan kat En.BM suruh bakarkan siap...balik nanti mak encik nak sarapan!! kunun.. he..he..verangan sebab tak penah ada bibik kan!!
Tapi anak anak nekcik ni pulak banyaklah cekadaknya..tak suker yang en.BM masak..nak yang omak masak!! Maknakata kenalah buat yang bun ..nak cicah dengan sambal bilis atau sardin...dan nekcik pun lagi suka buat yang buns tu....lagi gebuss..bubuh jerlah apa apa pun..
Nekcik tergoda bila tengok blog Cik Manggis..menyengat sungguh paparan rotinya..so apalagi ..en. BM sila bertugas!!
Selalunya nekcik buat begini jer..sebab nak di cicah dengan sambal bilis...ni kegemaran warga emas seperti Tokpokcu..dan abang abang nekcik..orang kampong lah kan!! Sarang lebah lah jugak tapi takde madunyer 

Tapi semenjak dua menjak ni..bakery nekcik pun menukar trend.... so sekarang ni mengikut permintaan ramai..jadilah ROTI SARANG LEBAH..or BUTTERSCOTCH BEEHIVES BUNS!!! Berbelit lidah uols!!

Ni sebelum masuk oven ye
Ada yang minat fesen ni pulok!

Dan ini sesudah keluar oven...fresh from the oven ye!!
Wokey..siaaap..ready for delivery....tapi delivery hanya sekitar 1m dari teratak 66 yer...

Haaa tu diaa...kalau tak leleh air lioq tu..baik lah pergi check doc ye..something must be wrong somewhere..kih..kih


Roti Sarang Tebuan / Butterscotch Beehives Buns



500 gm tepong gandum

90 gm gula castor
90 gm butter/ marjerin
3 sudu makan susu pekat manis
14 gm yeast mauripan...1 paket dlm 11 gm
1 bijik telor 
210 gm (1 cawan ) air

Hiasan
1 biji kuning telur
sedikit badam dan kuaci atau apa apa ikut suker..nekcik guna kuaci TONG GARDEN ada jual kat Petronas RM 1.80 

Masukkan semua ke dalam Breadmaker 
Set rapid dough..no 13...uli sahaja selama 1 1/2 jam
Dah siap..keluarkan..tambah tepong sedikit masa nak membulatkan..sebab agak melekit
Susun di atas loyang yang sudah di sapu dengan marjerin atau butter
Sapukan kuning telor di atas roti..taburkan badam dan kuaci
Biarkan roti naik dua kali ganda ..lebih kurang 30 minit
Sementara itu panaskan oven lebih kurang 10 minit..140C ( ikut oven sendiri)
Bila dah naik masukkan roti..bakar selama 15 minit Kalau bahagian atas agak kuning..guna api bawah selama 5 atau 10 minit...hingga masak
Setelah masak angkat dan siramkan dengan sos butterscotch hingga meleleh!!!
PERINGATAN...INI ADUNAN NEKCIK MENGGUNAKAN BREAD MAKER..KALAU NAK GUNA..JANGAN TUTUP BM..SEBAB ADUNAN NI AKAN MELIMPAH RUAH..

Untuk Sos Butterscotch
1 cawan gula perang ( brown sugar)
1 cawan whipping cream..(1 kotak kecik)
50 gm butter
Masukkan dalam periuk kecil dan masak dengan api perlahan
Kacau hingga mendidih..jangan terlalu lama..sejukkan
Sudah sejuk dan lebihan boleh di simpan untuk di makan bersama  roti atau
PISANG GORENG BUTTERSCOTCH
Beberapa bijik pisang tanduk..atau lain lain jenis yang boleh digoreng
1 bijik putih telor
1 tin kelapa kering dalam tin atau serbuk roti 
Minyak untuk menggoreng
Celupkan pisang ke dalam putih telur
Golekkan di atas kelapa  atau serbuk roti
Goreng seperti goreng pisang biasa..api perlahan sebab mudah hangus
Hidangkan bersama sos butterscotch semasa hendak makan
Boleh saja di tambah ais krim vanilla

Goreng pisang yang telah di derhaka kan..kasaunyer bunyi!!


Tu diaa...pisang tanduk goreng versi moden!!

4 May 2014

KISAH SILAM





Baiti Jannati

 Nekcik  dibesarkan dalam serba sederhana

 walaupun arwah bapa seorang guru di kampong.Rumah kami tiada TV,tiada peti sejuk walau pun waktu itu orang kampong sudah mampu memiliki semua itu.Bapa hanya punya sebuah basikal lama untuk di kayuh ke sekolahnya sedangkan guru guru bawahannya semuanya berkereta.Arwah bapa bukannya seorang yang lokek..dia tak pernah berkira tentang makan dan minum dan keperluan harian kami

Pada nya TV hanya akan menganggu anak cucu untuk belajar .Melekakan katanya.Sekiranya kami mencemuhkan muka menghadap hidangan..arwah akan berkata...ada orang langsung tak ada apa untuk dimakan.Seharusnya bersyukur dengan apa yang ada.Dengan itu tak ada siapa yang berani memuncung walau apa juga yang dihidangkan.Tak suka makan sikit.

Bonda pula begitu penyabar dan tak suka banyak berleter.Banyak bercakap tapi bukan berleter.Walau pun orang kampong dah pakai dapur gas, bonda tetap menggunakan arang untuk memasak.Orang lain sudah pakai blender tapi bonda tetap dengan batu gilingnya.
Walaupun suami seorang guru tapi bonda tak pandai meminta-minta.Baju dan bedak pula arwah bapa yang belikan. Apa warna kain yang dibeli diterima dengan kesyukuran.Tak pernah tersebut di mulut..tak suka warna ini ke warna itu ke. Bila dapat terus buat baju dan pakai.Kalau tak suka lepas itu baru simpan.Sentiasa menghargai setiap  pemberian suami.

Tak pernah terdengar bonda membantah suruhan suami. Apa lagi meninggikan suara.Kalau bapa berleter,bonda hanya mendiamkan diri.Hanya Nekcik yang suka menjawap walau pun selalu dimarahi bonda kerana katanya kalau di jawap lagi panjang tazkirahnya.Tapi kerana aku anak tunggal perempuan kesayangan bapa, bapa akan beralah.Manja lah kunun!

Nekcik amat mengkagumi bapa di atas perihatinanya kepada kaum keluarga seperti adik,kakak dan ipar duainya.Dia akan sentiasa membantu dengan kewangan yang ada.Semuanya akan dibantu bila perlu. Bonda pula tak pernah hirau apa dan berapa yang bapa keluarkan untuk sanak saudaranya. Kata bonda itu tanggung jawap bapa untuk adik beradik dia. Itu hak dia.

Satu lagi arwah bapa suka bawak kami berkunjung ke rumah saudara mara..terutamanya yang lebih tua walaupun sekampung.Lepas makan malam, terutama malam kelepasan, kami akan berjalan kaki ke rumah Mak Long, ke rumah Pak Cu ke rumah saudara mara.Berbual sejam dua baru balik.

Apabila tetamu atau sanak saudara datang berkunjung,mesti disediakan makanan atau kalau tidak pun air bujang.Tidak kira lah siang ke atau dinihari. Bonda tak pernah merungut walau dikejutkan untuk membuat air untuk tamu yang terpaksa datang di waktu dinihari.

Sahaja Nekcik paparkan disini untuk dijadikan pedoman hidup  Nekcik dari sifat sifat yang ada pada kedua ayah bonda itu . Inilah sebahagian didikan yang mereka wariskan pada kami.. anak cucunya. Dan kini usia Nekcik 55 tahun dan seboleh mungkin  ingin Nekcik mewarisi sifat-sifat baik mereka untuk menjalani hidup ini. Untuk anak anak cucu arwah, renungkanlah titipan ini untuk dijadikan sempadan hidup.

Al Fatihah....
Semuga dengan setiap cawan air yang kuhidangakn untuk tetamuku adalah bingkisan sedekah untuk kedua ayah bonda juga kedua mertuaku di sana..amiin Ya Allah





Baiti Jannati
Rumah Nekcik ..usia pun setua nekcik..muda sikit jer ..50 tahun  
Terima kasih Bonda tiriku kerana masih menjaga rumah warisan ini dengan baik sekali..
sekurang kurangnya  kepulangan kami ke kampong masih ada tempat untuk menghilang rindu
masih di sambut dengan kasih sayang..alhamdulilah
Syukur sesangat ke hadrat Illahi kerana dengan usaha Bonda Tiri Nekcik rumah ini dijadikan tempat mengaji AlQuran anak anak dan dewasa di kawasan ini...
Semuga alunan ayat ayat suci yang berkumandang sepanjang hari  dapat mendamaikan kedua dua mereka di SANA..amiin ya rabbal alamiin

Gambar lama ni..sekarang bunda dah tukar warna

Tokpokcu teringat teringat ke kita dating kat tangga tu hee..he





 Ruang makan kami..meja panjang dah digantikan dengan yang kecik..pasal dah tak ramai


Di laman ini lah dulu dulu Nekcik menghabiskan waktu lapang bersama abang, adik ..anak anak buah ..Azian Elias..Azura Elias..Norhafizah Othman...dan yang lain lain..Nostalgiaa





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...