bunga

18 May 2013

TERBANG HELANG

Di angkasa nan luas
Terbang sang helang bebas
Menebarkan sayapnya
Sungguh megah lagaknya
Helang mendabik dada
Dengan gaya perwira

Bila saja engkau menghampiri
Burung lain terbang lari
Kau merasakan dirimu gagah
Hak yang lain tak kau indah
Mengganas engkau di angkasa
Dengan gaya perwira

Terbanglah engkau tinggi
Sampai ke mana lagi
Ingin engkau jelajahi
Sehingga kau terlupa
Yang tinggi jatuh jua
Bila tiba ketika
Kau ke tanah akhirnya

Usah kau lupa diri
Bahawa langit itu tinggi.......
Nanti lemas sendiri
Nanti lemas sendiri

Nekcik suka lagu ni ...cuba tengok senikatanya.....


10 May 2013

SAKIT MENTAL???????????

SAKIT MENTAL???  OH TIDAK..MASIH WARAS LAGI...SETUJU TAK KAWAN KAWAN ??

Jom kita siasat orang yang buat kaji selidik ni..betol ke..kalau post gambar makanan yang kita masak lepas tu post.. di katakn sakit mental? Kalau sakit mental..rasanya nak masak pun tak boleh kan..kan..

Whatever lah ye..janji kita bukan termasuk orang yang depa kajiselidik tu....kita masak share gambar dan  resipi ...boleh cuba cuba kan...so mestilah kita waras untuk menyukat dan memasak..kalau salah mesti tak jadi kan!!! ha..ha..

Takpe kawan kawan..kegilaan memasak dan menggambar dan mengepos ini hanyalah satu kegilaan yang tidak menganggu ketenteraman awam..hanya menggoda nafsu makan!!!


SERI SAGU DURIAN

100 gm sagu di rendam 1/2 jam dengan air biasa
1 cawan santan
sedikit garam
Selepas di rendam..masukkan dalam acuan 8"
Dikukus bersama santan dan garam sehingga hampir masak..(30 min)

BAHAGIAN ATAS
60 gm tepung gandum
150 gm gula pasir
300 gm santan
1/2 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
6 ulas isi durian...blend dengan sedikit air
garam
pewarna..sesuka hati
1 cawan air

CARANYA:
Kacau semua bahan hingga sebati..
Masukkan ke bahagian atas sagu yang telah dikukus
Lapik dengan plastik atau aluminium ..elakkan air jatuh ke permukaan seri sagu!!!
Kukus sehingga masak
Angkat sejukkan dan masukkan dalam peti sejuk

Sangat seswaaii untuk buka puasa!!
Nyum nyum sejuuk di tekak
OK ..jangan lupa tangkap gambar dan poskan !!!
Ha ..haa




2 May 2013

DIY ENI S'ROOM

Salam ceria kengkawan semua..semuga diberikan kesihatan yang baik dan kewarasan fikiran..insyaallah......nekcik nak share hasil DIY TOKPOKCU yang baru siaap....bukanlah nak menunjuk nunjuk..ramai yang diluar sana yang ada rumah lagi besar lagi cantik lagi kan......tapi mungkin kawan kawan di luar tu ada bakat yang terperap..so sambil tengok gambar gambar ni mungkin bersemangat untuk mengasah bakat bakat yang tersimpan itu...bukan sahaja dapat memberi kepuasan..tapi menjimatkan!!!

Inilah hasil tangan Tokpokcu setelah 5 bulan berhempas pulas..memerah otak untuk menjadi Interior Designer untuk projek bilik si puteri bungsunya....iyalah rezeki orang bungsu ni selalunya lebih sikit agaknya kan..



Love... you will always have a special place in my heart 
Nak bersantai santai sambil minum kopi boleh jugak di sini kan...boleh jugak nak tengok bunga api KLCC atau tengok bulan mengambang!!!
HIJAU itu menawan!! warna warna syurga kan.....
Balkoni yang telah di satukan dengan bilik..luas untuk menampung tetamu yang ramai!!!
Jom kita uji bakat mendekorasi........sambil menjimatkan belanja!!!


BILIK SEBELUM DI TOUCH UP!!

KETIKA DALAM PEMBINAAN!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...