Salam sayang semua...mari kita minum petang di alam cyber...cyber cafe lah jugak kan...Kebetulan hari ni Nekcik terajin lah sikit..dah setengah hari terperangkap di dapur kerana meroti...nasib baik roti menjadi...suka lah hati....tapi sebenornya Breadmaker yang letih mengulinya sampai 2 rounds!!
Alhamdulilah..banyak benor jasa BM ni..hampir 10 tahun dah dia bantu Nekcik!! Ramai memang yang sukakan roti ni terutamanya yang seangkatan dengan Nekcik ni..ialah yang bergigi lembut dan bergula tinggi..ha..ha..
Kalau di Johor kami panggil ini Roti Naik tapi kalau kat KL ni di panggil Roti Bun..roti roti lah ye...Apa apa lah kan..asalkan boleh dimakan.....Pada yang berminat nak buat..nanti sekejap lagi Nekcik perturunkan resepinya...mudah sangat kalau pakai Bibik (Breadmaker ye) Kalau nak uli sendiri Nekcik rasa kena uli kuat sikit..lepas itu bagi dia naik..kemudian uli sekali lagi dan terus di buat bebola ye..tunggu sekali lagi naik baru boleh bakar...tapi jangan sampai terlalu naik nanti muka dia jadi berkedut!!! ha..ha.... Nekcik ni memang tak pernah pergi klas masak ni..dan selalunya cuba ikut mana mana resepi yang Nekcik jumpa..ada masa tak gebu lah pulak...Tapi akhirnya Nekcik jumpa resipi yang terbaik dan sempoi sahaja ni...dari blog Our Journey Begins ...Thank You Nieza For Sharing Resepi inilah yang selalu Nekcik guna...suker sangat...actually resepi ini untuk Hot Dog Roll..tapi apa apa roti pun ok
ROTI 500 gm tepong gandum....guna 400gm kalau pakai breadmaker (kerana dia akan berlambak ..tambahkan bila uli nanti ) 100 gm gula castor 1 camca teh garam 20 gm yeast kering 100 gm butter/marjerin 2 camca makan susu pekat manis 1 biji telur 210 gm air Cara 1. Kalau pakai Breadmaker..masukkan semua bahan...pilih untuk basic dough..lebih kurang 1 1/2 jam 2.Keluarkan dari machine..uli sekejap dan tambahkan tepung kalau terlalu lembut (100 gm yg dikeluarkan tadi) dan buatkan dough sebesar bola tenis 3. Biarkan dia naik ..lebih kurang 20 minit 4.Bakar dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu... 160 C selama 15 minit atau sehingga masak 5.Setelah dikeluarkan sapukan marjerin di atas roti